Purple Love
| +Follow || Dashboard |

(Novel) Bab 15 - Tragedi
Wednesday 14 December 2011 | 02:08 | ♥ 0 purple love
BAB 15 - Tragedi 0-o


Konsert Super Show berjalan dengan lancar.Super Junior dan ELF bangga dengan kejayaan tersebut.Donghae mengajak Ah ra keluar berjalan-jalan pada hujung minggu ke menara N Seoul. “Donghae!Awak tak malu ke keluar dengan saya?”tanya Ah ra. “Kenapa pula nak malu?”. “Iyelah!Saya ni bukannya cantik sangat”. “Ah ra..orang yang cantik tak semestinya mempunyai hati budi yang baik dan orang yang tidak cantik tak semestinya berhati jahat”ujar Donghae. “Jadi..”. “Jangan menilai orang dari paras rupa.Awak faham tak?”tanya Donghae. “Ne!”.Donghae hanya tersenyum. “Awak cantik,Ah ra!”ujar Donghae. “Mwo?”. “Saya kata awak ni cantik!Hati budi awak pun baik!”puji Donghae.Ah ra malu mendengar pujian tersebut. “Awak ni..Malu lah..”. “Betul lah!Saya tak tipu.Awak memang cantik!”. “Dah lah tu!”ujar Ah ra.Donghae hanya dapat ketawa melihat pipi Ah ra yang merah sebab menahan malu.Dicubitnya pipi Ah ra dan Donghae berkata, “Awak nampak comel bila tengah malu.Hehe”. “Ada-ada je la awak ni..Dah,jom balik!”.Semasa ingin melintas jalan,ada sebuah kereta yang hampir melanggar Donghae tetapi diselamatkan oleh Ah ra dengan menolak Donghae ke tepi jalan. “Arrgghhhhhh!!!”. “AH RA!!!!!!!”jerit Donghae.Kini kelihatan Ah ra terlantar di tengah jalan dengan keadaan yang berlumuran darah. “Ah ra!Ah ra!Bertahanlah!”kata Donghae sambil memangku kepala Ah ra. “Donghae..Syukurlah awak selamat…”kata Ah ra yang separuh sedar.Air mata Donghae jatuh perlahan-lahan dan mengalir pada pipi Ah ra. “Ah ra…”.Tiba-tiba Ah ra tidak menyedarkan dirinya. “Ah ra!Ah ra!Tolong!!Tolong!!”jerit Donghae meminta bantuan.Ah ra segera di hantar ke hospital kerana dia sudah  kehilangan banyak darah. “Maaf!Encik tidak boleh masuk ke dalam bilik ini selain doktor dan jururawat.Sila tunggu di luar!”arah jururawat yang bertugas. “Selamatkan lah Ah ra..”pinta Donghae.Dia segera menelefon Hyena untuk memberitahu tentang keadaan Ah ra. “Hello?!Hyena!”. “Donghae!Ada apa?Suara macam cemas je”. “Ah ra..d..dia..”. “Dia kenapa?Cakaplah..”. “Ah ra accident!Sekarang ni dia ada kat hospital!”. “MWO??Sago(kemalagan)!?!!Macam mana boleh jadi?”tanya Hyena. “Nanti aku ceritakan apa yang berlaku.Korang datang lah sini..”kata Donghae. “O..okay!Nanti kitorang sampai.Hospital mana?”. “Ho..hospital Shinhwa!”. “Kenapa Hyena?”tanya Hee jin. “Ah ra!Dia kemalangan.Donghae minta kita datang hospital sekarang!”. “Mwo??A..aku pergi telefon keluarga dia dulu”ujar Heo min.Mereka segera ke hospital untuk melihat keadaan Ah ra. “Donghae!Macam mana dengan Ah ra?!”tanya Eunhyuk. “Dia masih didalam.A..aku takut kalau  terjadi apa-apa pada diri Ah ra.Aku pasti tak akan maafkan diri aku sendiri.Ini semua salah aku.”ujar Donghae dengan penuh kerisauan yang membelenggu dirinya. “Sekarang ni bukannya masa untuk menyalahkan diri kau atau sesiapa.Kita hanya perlu berdoa untuk kesembuhan Ah ra”kata Siwon yang cuba menenangkan hati sahabatnya itu. “Sekarang,cuba cerita macam mana kejadian ini boleh berlaku”tanya Hyun soo.Donghae pun menceritakan apa yang berlaku.Tidak lama kemudian doktor keluar dari bilik pembedahan. “Doktor,bagaimana dengan keadaan dia?”tanya Donghae. “Keadaannya kritikal saat ini kerana dia kekurangan banyak darah tapi kami akan berusaha untuk menyelamatkannya.Sesiapa yang mempunyai darah jenis A boleh lah mendermakannya kerana hospital kekurangan bekalan darah”. “Saya!Saya mempunyai darah A!”kata Hyun min. “Doktor tolong selamatkan dia.Saya merayu”ujar Donghae. “Saya tahu.Tetapi dia juga mengalami masalah…”. “Masalah apa doktor??”tanya Heo min. “Kaki kirinya patah akibat kemalangan itu”. “Apa?Patah!Tak..tak mungkin!Ini tak mungkin”jerit Donghae. “Sepertinya kemalangan ini dirancang oleh seseorang”kata doktor Seunghyun. “Apa??Maksudnya kemalangan ni dah ada orang yang rancang?Macam tu?”tanya Hyun min. “Ya!”. “Apa yang aku dah buat ni.Sepatutnya aku yang berada didalam sana.Bukannya Ah ra!”fikir Donghae. “Baiklah,awak ikut saya.Kita mulakan dengan pemindahan darah dulu”arah doktor Seunghyun pada Hyun min yang ingin mendermakan darahnya kepada Ah ra.Siwon mengikutinya dari belakang.“Bersabarlah..Aku pasti dia akan selamat”ujar Hyena.Ahli-ahli ELF tidak dapat menahan air mata bila mendengar tentang keadaan rakan baik mereka yang sedang kritikal didalam sana.Hyun soo menangis pada bahu Eunhyuk. “Kenapa boleh jadi macam ni..Ah ra..”kata Hyun soo. “Sabarlah.Kita doakan dia semoga cepat sembuh”ujar Eunhyuk sambil mengusap rambut Hyun soo. “Hyun soo.Aku dengan Minju nak balik dulu.Kami nak jumpa dengan Pengurus Kim”kata Hyena. “Ok!Hati-hati di jalan”pesan Hyun soo. Tiba-tiba Hee jin mendapat panggilan dari keluarganya yang menyuruhnya pulang kerana ada hal penting dan Hee jin meminta Heo min menemaninya.Kini tinggal Donghae,Hyena,Hyun soo,Eunhyuk,Hyun min dan Siwon di hospital. “Siapalah orang yang sanggup buat macam ni!”fikir Donghae.Hatinya masih tidak tenang sehingga dia belum dapat melihat keadaan Ah ra.Selepas pemindahan darah dijalankan,Hyun min diminta untuk berehat sebentar dan Siwon menghampirinya. “Awak okay?”tanya Siwon.Hyun min mengangguk.Keadaanya agak lemah sedikit selepas pemindahan darah tersebut.Hyun min masih memikirkan tentang keadaan Ah ra,sahabatnya itu. Hyun min  berdoa untuk kesembuhan Ah ra.
Malam menjelang tiba dengan cepatnya.Ah ra juga masih belum sedar tetapi masa kritikalnya sudah lepas.Donghae berjanji akan menjaga Ah ra sehingga dia sembuh.Dia tertidur di sebelah Ah ra mungkin kerana terlalu letih tetapi dia masih menggenggam jari-jemarinya dengan erat. Hyun min mengintai di sebalik pintu dan melihat keadaan mereka berdua. “Donghae tertidur”ujar Hyun min. “Suruh Donghae balik dulu.Kesian aku tengok dia”ujar Eunhyuk. “Macamlah dia nak.Dia tu keras kepala sikit”jawab Siwon. “Kalau macam tu biarlah dia jaga.Mungkin dia nak tebus rasa bersalahnya pada Ah ra”kata Hyun soo. “Jomlah balik.Dah malam sangat ni”ujar Siwon. “Jap,aku nak bagi tahu Donghae!”kata Eunhyuk lalu masuk dan mengejutkan Donghae. “Eunhyuk…”. “Donghae,kitorang balik dulu ye.Kalau ada apa-apa telefon.OK?”pesan Eunhyuk. “Ok!Thanks”ucap Donghae.Keesokan paginya pula,berita tentang kemalangan Ah ra tersebar di dada akhbar,majalah dan internet.Malah menjadi bualan orang ramai.Ada gosip yang mengatakan ELF akan berpecah disebabkan kehilangan seorang ahli iaitu Ah ra.Banyak juga artikel-artikel yang menceritakan masalah mereka sehingga mereka dipanggil untuk menghadiri satu sidang akhbar bersama pihak media.Persembahan-persembahan mereka juga dibatalkan dan ada juga yang ditunda.Pengurus Kim pula hilang entah kemana selama tempoh seminggu selepas berlakunya kemalangan yang menimpa Ah ra.Terpaksalah Eun hye mengurus mereka semua.Eun hye memberitahu bahawa Hyun joong ada tugas yang perlu diselesaikan selama seminggu sebelum dia kembali ke Seoul.Keadaan Ah ra semakin pulih walaupun awalnya dia tidak dapat menerima kenyataan tentang kaki kirinya yang patah itu.Tetapi,selepas dinasihat oleh rakan-rakannya termasuk Donghae,keyakinannya kembali pulih.Dia akan berusaha untuk sembuh supaya dia dapat menari lagi.Ah ra akan menjalani terapi untuk kakinya 5 kali seminggu dan Donghae pasti menemaninya.Donghae akan memberi kata-kata semangat kepada Ah ra sebelum dia memulakan terapi.Petang itu Ah ra meminta Donghae membawanya berjalan-jalan disekitar taman yang terdapat di hospital itu.Angin pada petang itu agak nyaman dan mereka berbual-bual sambil mendengar burung-burung berkicauan. “Donghae..”panggil Ah ra. “Ye!”jawab Donghae lalu memandang kearah Ah ra. “Terima kasih sebab dah menjaga Ah ra selama Ah ra di hospital ni”. “Tak apa.Saya ikhlas menjaga awak.Lagi pun,ini meupakan kesalahan saya”. “Tak.Ini bukan kesalahan awak.Percayalah dan awak kena janji dengan saya yang awak tak akan cakap seperti itu lagi dihadapan saya.Awak janji?”tanya Ah ra sambil menunjukkan jari kelingkingnya. “Ye!Saya janji”jawab Donghae. “Ah ra..Boleh tak saya minta sesuatu?”tanya Donghae. “Apa dia?”. “Biarkan saya menjaga dan melindungi awak buat selama-lamanya..”. “Apa maksud awak?Saya tak faham!”.Donghae mencapai tangan Ah ra dan berkata, “Sudi tak awak jadi kekasih hati saya?!”ujarnya.Ah ra melepaskan tangannya dari genggaman Donghae. “Kenapa Ah ra?”. “Donghae!Kalau awak lakukan ini untuk menebus kesalahan awak,lebih baik awak lupakan.Saya tak boleh terima.Apa gunanya kalau hanya sekadar cinta yang dipinjamkan kepada saya untuk menghilangkan rasa bersalah awak terhadap saya”kata Ah ra dengan air mata.Donghae menarik kembali tangan Ah ra. “Pandang saya!”arah Donghae. “Ah ra,saya lakukannya bukan kerana ingin menebus kesalahan saya.Saya ikhlas untuk menjadikan awak sebagai kekasih hati saya yang akan selalu saya sayangi.Percayalah pada saya Ah ra.Sebenarnya,saya dah lama jatuh hati pada awak sejak pertama kali kita berjumpa tetapi hanya msa yang menghalang saya untuk meluahkan rasa cinta saya kepada awak.Ah ra!Saranghae..”ucap Donghae.Air mata Ah ra mengalir semakin laju kerana terharu mendengar kata-kata Donghae.Dia dapat merasakan kata-kata Donghae itu amat jujur yang lahir dari lubuk hatinya. “Awak terima kan cinta saya ni?”tanya Donghae.Ah ra tidak dapat berkata-kata lalu dia hanya mengangguk setuju.Donghae gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Ah ra.Donghae merapatkan bibirnya pada bibir Ah ra. “Semoga cinta ini akan kekal abadi selamanya..”bisik hati Ah ra.



Kini sudah hampir 2 bulan Ah ra menjalani terapi dan akhirnya dia pulih seperti sediakala.Tetapi mereka tidak tahu mengenai tentang hubungan Ah ra dan Donghae.Mereka menyambut kepulangan Ah ra dengan senang hati. “Ah ra!!!!”jerit ahli-ahli ELF lalu memeluknya. “Syukurlah kalau kau dah sembuh”ucap Hee jin. “Maaflah kalau aku menyusahkan korang semua selama aku berada kat hospital.Korang tak dapat buat persembahan disebabkan aku.Mianhae..”ujar Ah ra. “Gwenchana!Yang penting kau dah sembuh”kata Hyena. “Eh!Asal tercegat kat tepi pintu
ni.Jomlah duduk”ajak Min ju.Mereka berborak-borak sambil minum petang.Ah ra menceritakan tentang Donghae yang selama hampir 2 bulan ini menjaganya dengan baik.Dia juga memberitahu perihal hubungan mereka.ELF terkejut apabila mendengarnya.Mereka tidak menyangka sekarang ini ada  dua orang ahli ELF berpacaran dengan ahli Super Junior.Yang dahulunya  dijadikan idola tetapi sekarang ini dijadikan kekasih hati.Mereka berasa bertuah dengan apa yang mereka perolehi sekarang ini. “Min ju dengan Sungmin tak lama lagi couple lah tu..”usik Hee jin. “Tengoklah.Kalau ada jodoh tak kemana.Aku tengok Hyun min dengan Siwon lah yang couple dulu.Aku tengok Siwon ambil berat sangat tentang Hyun min.Kalau korang nak tahu,time birthday Hyun soo.Siwon,dia..”. “Jangan!!”halang Hyun min. “Kenapa?Cakaplah!”kata Heo min. “Tak ada apa-apalah!”jawab Hyun min. “Janganlah bohong!Cakap je.Kita kan kawan”ujar Hyena. “D..dia..”. “Dia cium Hyun min.Tepi peti ais pula tu!”kata Min ju. “MWORAGO!?!?”jerit mereka berlima.Hyun min hanya tunduk kerana malu. “Mantap!!!”kata Heo min. “Hari tu kena cium dengan Minho.Sekarang ni,Siwon.Tamak gila kau ni Hyun min”gurau Hyun soo. “Hyun min,antara Siwon dengan Minho mana yang paling best?”usik Ah ra. “Kalau aku,aku pilih Siwon!Hehe”kata Hyena. “Haish!!Dah.Jangan usik aku lagi.Suka sangat usik orang.Kau tu Hyena,macam mana dengan Kyuhyun?”tanya Hyun min. “A`ah.Kau dengan Kyuhyun macam mana?Still gaduh lagi ke?”kata Hee jin. “Perang dunia ke-3 masih berlaku lagi.Geram gila aku dengan dia.Time birthday party Hyun soo hari tu,dia berani kiss pipi aku.Nak je tumbuk-tumbuk muka Kyuhyun tu.Kau tahu tak,semalam kat Twitter dia kata aku ni Minah jual karpet.Ada ke patut?!Haish!”ujar Hyena. “Dia kiss pipi kau?Gila lah..”kata Ah ra. “Minah jual karpet?Hahahaha!Memang sesuai sangat dengan kau.Haha”perli Heo min.Ahli-ahli yang lain juga turut mentertawakannya. “Korang ni berpihak pada siapa?Aku atau Kyuhyun?”. “Kyuhyun!Haha!”jawab mereka.Bertambah benganglah Hyena dibuatnya. “Mian hamnida!Tapi,lebih baik kau berdamai dengan dia sebelum sesuatu terjadi”saran Ah ra. “Terjadi apa?”tanya Hyena. “Memang sah budak ni belum matang.Kata orang tua-tua dulu,mula-mula benci tapi akhirnya bertukar menjadi cinta!Ada faham?”jelas Hyun soo. “Tak mungkin benda tu akan berlaku!”tegas Hyena. “Hurmm,kita tengok jelah nanti”ujar Min ju. “Korang..akhir-akhir ni aku asyik tengok Pengurus Kim ni asyik sibuk je.Tapi dia tak bagi tahu kita pun apa yang dia buat!”kata Hyun min. “Alah..Mungkin benda tu tak ada kena-mengena dengan kita”.Heo min membuat andaian. “Mungkin juga.Aku pernah tanya unnie Eun hye fasal ni tapi dia pun tak tahu”ujar Hyun soo.Tiba-tiba Hyun joong muncul dihadapan rumah dengan membawa beberapa buah fail yang pasti tidak diketahui apa isinya. “Hyung!”panggil mereka. “Omo!!”. “Nak kami tolong?”tanya Hee jin. “A..aniyo!Sa..saya masuk dulu!”kata Hyun joong.Kelihatannya dia agak resah. Hyun min memandang kearah Hyun joong dengan pandangan yang mencurigakan. “Kenapa Pengurus Kim gelisah bila nampak kitorang?Selalunya dia tak macam ni.Tapi,sejak bila dia pakai subang?Selama ni aku tak pernah nampak pun dia pakai subang tu.Macam ada yang tak kena je?!”fikir Hyun min lalu masuk ke dalam rumah. “Kau nak pergi mana?”tanya Min ju. “A..aku nak pergi dapur jap!”.Perlahan-lahan dia melangkahkan kakinya ke pintu bilik Hyun joong.Setibanya dihadapan pintu bilik,dia terdengar Hyun joong sedang berborak dengan seseorang dan dia cuba mencuri dengar apa yang dibincangkan. “Plan B kita dah berjaya dan aku dah gunakan waktu tu untuk cari fail sulit tu.Sekarang,aku dah dapatkan fail yang kita cari selama ni.Lepas ni,tinggal jalankan plan B yang seterusnya.Aku serahkan tugas tu kepada kau.”kata Hyun joong. “Fail sulit?Plan B?Apa maksud dia?”fikir Hyun min.“Bagus!Baiklah,aku akan telefon kau lagi bila aku perlukan pertolongan kau!Bye”.Hyun joong mematikan talian dan Hyun min segera beredar dari situ.Sebaik sahaja keluar dari bilik,Hyun joong dapat merasakan ada seseorang mengintai dirinya. “Mungkin naluri aku je..”fikir Hyun joong lalu pergi. “Huuh!Nasib baik.Tapi,apa yang dirancang oleh Pengurus Kim sebenarnya?!Aku kena siasat benda ni dulu sebelum aku bagi tahu yang lain.Ya,aku kena siasat dulu”fikirnya lagi.Tiba-tiba dia bertembung dengan Hyun joong. “Omo~”. “Awak buat apa kat sini?”tanya Hyun Joong. “S..Sa..saya nak pergi dapur!”jawab Hyun min. “Oh..”. “Cantik subang tu”kata Hyun min.Hyun joong memegang subang yang dikatakan oleh Hyun min tadi. “Oh!Ni kawan saya yang bagi”. “Oh ye ke?!Erm,okaylah.Saya pergi dulu”kata Hyun min.Hyun joong memandang kearah Hyun min dengan penuh curiga. “Dia dah tahu ke?”fikir Hyun joong.
Di sekolah,ELF semakin dimusuhi oleh geng WG kerana ELF telah menjatuhkan populariti WG sebagai pelajar yang paling popular.Sehinggakan ketua mereka,So hee merancang untuk mengerjakan ahli-ahli ELF itu. “Aku menyampah betul dengan perempuan-perempuan kerek tu”ujar Sunye. “Aku pun.Aku nak muntah bila tengok muka diorang.Eeii..”karta Hyerim pula. “So hee!Kau tak ada apa-apa plan ke untuk kenakan mereka?”tanya Yu bin. “Kau jangan risau.Aku tahu apa yang harus aku buat.Korang just tunggu dan lihat apa yang akan terjadi nanti.!”kata So hee. “Baguslah!Kau memang bijak”ujar Ye eun. “ELF!Huh!Nak kalahkan aku ye?!Tengok jelah nanti.Aku akan buat seorang demi seorang merana”bisik hati So hee yang penuh dengan dendam.Semasa Hyun min ingin  ke makmal sekolah,ada sebuah pasu kecil yang hampir terjatuh keatasnya. “Hyun min!Jaga-jaga!”jerit Hee jin.Hyun min melihat ke atas lalu menjerit ketakutan.Segera Minho memeluk Hyun min dan dibawa ketepi.Pasu itu jatuh berkecai diatas lantai. “Awak okay?”tanya Minho.Hyun min mengangguk.Hee jin dan Heo min meghampiri mereka. “Hyun!Gwenchana?”tanya Hee jin. “O..okay!”. “Macam mana pasu tu boleh jatuh?Setahu aku tak ada pasu bunga kat atas balkoni tu”ujar Heo min. “Aku rasa ada orang yang jatuhkan pasu tu!”.Minho membuat andaian. “Tapi siapa?Asal Hyun min yang jadi mangsa?”tanya Hee jin yang pelik dengan situasi tadi. “Jangan-jangan So hee!”teka Heo min. “Takkan lah.Mungkin orang lain.Tak baik kalau menuduh sembarangan”ujar Hyun min. “Betul kata Hyun min tu.Lebih baik kita siasat dulu”ujar Minho. “Dah,jom masuk lab!”ajak Hee jin. “Lebih baik jangan bagi tahu hal ini kat diorang.Aku takut diorang gaduh dengan So hee nanti”bisik Hyun min pada Hee jin dan Heo min. “Ok!”.So hee melihat dari jauh. “Tak guna punya Minho.Dia dah gagalkan rancangan aku.Tak apa!Korang tunggu je apa yang akan berlaku selepas ni”kata So hee.Ahli-ahli ELF yang lain juga mengalami nasib yang sama seperti Hyun min.Mereka tidak tahu yang sebenarnya itu semua rancangan So hee dan rakan-rakannya.
Pada suatu hari,Hee jin menuju ke makmal sekolah untuk mengambil buku rujukan yang diminta oleh Cikgu Jonghoon yang merupakan guru Sains mereka.Hee jin masuk ke dalam makmal itu tanpa dia sedari,So hee menguncinya dari luar.Soo hee meletakkan juga satu botol gas asap kedalam makmal tersebut.Hee jin cuba memusingkan tombol pintu tetapi tidak dapat dibuka.Dia menjerit meminta pertolongan dan asap mula keluar dari botol gas itu.Dia mungkin tidak dapat bertahan kalau asap itu semakin menebal. “TOLONG!!TOLONG!!”jeritnya sambil mengetuk-ngetuk cermin makmal. “Hahahahaha!Padan muka”kata So hee. “So hee!Kau memang genius untuk kenakan orang”ujar Sun ye. “Well..”. “Haha!Jom pergi sebelum ada orang nampak kita kat sini”kata Yu bin.
“Erm,lambatnya Hee jin ni”kata Cikgu Jonghoon. “Biar saya cari dia!”ujar Onyu lalu keluar dari kelas untuk mencari Hee jin.Setibanya dihadapan makmal,kelihatan asap keluar dari celah-celah pintu. “Asap!!?Jangan-jangan…”kata Onyu lalu cuba untuk membuka pintu tetapi tidak berjaya.Dia melihat keadaan didalam melalui cermin tingkap tetapi agak kabur kerana dipenuhi dengan asap.Tiba-tiba dia melihat sekujur tubuh perempuan yakni Hee jin. “HEE JIN!!!”jeritnya dan dengan kudrat yang ada,Onyu menolak pintu itu dengan sekuat yang mungkin dengan badannya.Akhirnya pintu itu dapat dibuka dan segera menyelamatkan Hee jin. “Hee jin!Bertahan!Bertahanlah”kata Onyu sambil mendukung Hee jin untuk dibawa kebilik rawatan. “Onyu….”kata Hee jin dalam keadaan separuh sedar dan dia pengsan kerana dia terlebih menyedut asap.Dia dirawat oleh guru yang bertugas menjaga di bilik rawatan iaitu Cik Seohyun.Tidak lama kemudian,Hee jin tersedar dari pengsannya.Dia melihat keadaan sekeliling dan tiba-tiba wajah Cik Seohyun dan Onyu terpampar dihadapannya. “Saya kat mana ni?”tanya Hee jin. “Awak kat dalam bilik rawatan sekarang ni.Awak dah okay?”tanya Cik Seohyun. “Apa yang dah jadi sebenarnya?Kenapa saya boleh ada kat sini?”tanya Hee jin seperti orang yang kebingungan. “Awak tak ingat ke apa yang berlaku,Hee jin?”kata Onyu.Hee jin menggeleng. “Awak terperangkap kat dalam makmal dengan kepulan asap.Lepas tu saya datang selamatkan awak dan akhirnya awak pengsan.Takkan awak tak ingat?!”jelas Onyu. “Sabar Onyu.Mungkin dia masih terkejut.Biarkan dia berehat lama sikit.Awak pergilah masuk ke dalam kelas.Biar saya yang jagakan Hee jin”ujar Cik Seohyun. “Ne!Hee jin,awak rehatlah.Saya pergi dulu”kata Onyu. “Ne!”.

Extra :'3
[Dialog bersama Onyu..]

Jonghyun:Kenapa kau sukakan Hee jin?
Onyu:Adalah..
Jonghyun:Nak berahsia pula.Aku kan kawan kau.Bagi tahu jelah..
Onyu:Sibuk je nak tahu hal orang.Jaga hal diri sendiri sudahlah!Haish!
Jonghyun:Please…Please…
Onyu:Ada 3 perkataan yang menjadi sebab aku sukakan dia.
Jonghyun:Apa?
Onyu:sebab `AKU CINTAKAN DIA`!!!!
Jonghyun:Oh yeke?Baru aku tahu.
Onyu:Sekarang ni aku ada 2 patah perkataan untuk kau.
Jonghyun:Apa dia?
Onyu:TOLONG KELUAR!!Aku dah tak tahan nak buang hajat kau sibuk nak interview aku!
Jonghyun:Mian hamnida!Aku..aku keluar sekarang!
Onyu:Tutup pintu tu.Tak pasal-pasal aku kena `skodeng` dengan 3 orang penyamun tu..(Key,Minho & Taemin)



OLDER | NEWER


Miss Pinju Diary ♥


Hey there! Welcome to my Purple Love Bloggie Annyeonghaseyo ! My name is Kamaliah Kamal . You can call me Hyunmin , Eomma or other as long as I can accept it Don't be rude here ! Or I will Killed you ..Hehehe~ Just kidding !

Song | Hyun | Min





Say 'Ho' ♥


(maximum 240px)