Purple Love
| +Follow || Dashboard |

(Novel) Bab 13 - Gossip Girl
Wednesday, 14 December 2011 | 01:54 | ♥ 0 purple love
Bab 13 – Gossip girl
(O_O)

Kini genap 7 bulan mereka menjadi artis dan sudah 2 bulan ELF tinggal di asrama itu.ELF dan Super Junior mempunyai hubungan yang rapat dan hal ini telah menimbulkan banyak gosip yang tersebar mengenai mereka.Antara yang hangat diperkatakan ialah ada beberapa akhbar mengeluarkan tentang isu yang mengatakan ELF mempergunakan Super Junior untuk menaikkan nama mereka.Populariti mereka semakin menurun walaupun Pengurus Kim telah mengeluarkan kenyataan pada satu sidang akhbar yang diadakan pada minggu lepas.
Selain itu,ada satu masalah yang dihadapi oleh salah seorang ahli ELF iaitu Hyun min.Ibu bapa Hyun min tidak membenarkan dia menyertai ELF lagi.Ini kerana hasutan adik tirinya,Ga yoon yang cemburu dengan Hyun min.Ga yoon membenci Hyun min sejak kejadian yang berlaku pada 2 tahun  yang lepas.Perasaan tidak puas hati pada Hyun min masih dipendam hingga sekarang.Hyun Min dipanggil pulang kerumah kerana ada hal yang ingin dibincangkan.“Eomma!Abeoji!Kenapa jadi macam ni?Dulu,eomma dengan abeoji yang benarkan Hyun min sertai ELF.Tapi sekarang suruh Hyun min berhenti.Kenapa?”tanya Hyun min dengan air mata sedih.Dia tidak sangka ibu bapanya sudah bertukar fikiran.Kini impiannya  hampir musnah. “Abeoji tak nak nanti kamu jadi anak yang lupa diri!”kata Min hwan. “Abeoji!Eomma!Hyun min takkan jadi macam tu!Percayalah!”rayu Hyun min. “Hyun min!Dengarlah kata ayah kamu tu!”kata Geun young. “Tapi…”. “Tak ada tapi-tapi lagi.Nanti beritahu hal ini pada pengurus kamu!”arah Min hwan. “Sampai hati abeoji hancurkan impian Hyun min!”kata Hyun min lalu berlari kedalam bilik. “Itulah!Berlagak lagi!”kata Ga yoon. “Ga yoon!Jangan kata kalau ini kerja kamu!”kata Hyun min. “Iye!Memang ini rancangan aku untuk jatuhkan kau!”. “Tapi kenapa?Apa salah kakak sampai Ga yoon sanggup hancurkan impian kakak!?!”. “Sebab aku benci kau sejak kejadian 2 tahun yang lepas!Kau ingat tak?”tengking Ga yoon. “Kejadian 2 tahun lepas?”. “Iya!Sejak tu aku benci kau!Kerana kau ,impian aku  nak jadi penyanyi musnah!Kau tahu tak!!”kata Ga yoon lalu menolak Hyun min.Dia tersungkur kebelakang  dan dahinya terluka akibat terhantuk pada bucu almari. “Sekarang ni!Aku nak kau rasa apa yang aku rasa!”kata Ga yoon. “Maafkan kakak!”. “Huh!!Jangan harap aku nak maafkan kau!Kakak tak guna!”.Ga yoon ingin menampar pipi Hyun min tetapi sempat dihalang oleh seseorang.Orang itu ialah Siwon. “Siwon,macam mana awak ada kat sini!”tanya Hyun min. “Nanti saya ceritakan!”. “Lepaskan tangan aku!”kata Ga yoon. “Kau ni adik yang tak tahu hormat kakak!Kau tahu tak!”marah Siwon. “Biarlah!Lagipun dia cuma kakak tiri aku je!”. “Kau ni!”kata Siwon dengan perasaan yang geram.Tangan Ga yoon dilepaskan lalu membantu Hyun min bangun dan membawanya pulang ke asrama.Min hwan dan Geun young terkejut melihat keadaan Hyun min dengan dahi yang berdarah. “Kenapa ni?”tanya Min hwan. “Sukpunim!Saya nak bawa balik Hyun min ke asrama!”kata Siwon. “Tapi,kenapa dengan dahi kamu,Hyun min?”tanya Geun young. “Tadi…”. “Tak ada apa-apa!Hyun min terhantuk!”tipu Hyun min. “Tapi tadi abeoji dengar bunyi bising!Macam ada orang gaduh!”. “Tak ada apa-apa!Abeoji!Eommoni!Nanti Hyun min bagi tahu hal tadi pada Pengurus Kim!Hyun min pergi dulu!”katanya.Sebenarnya hati Hyun min masih sakit bila mendengar kata-kata ibu bapanya yang menyuruh dirinya berhenti menyertai ELF.Hakikatnya,dia tidak boleh  memarahi kedua orang ibu bapanya itu.Minho yang kebetulan lalu  dihadapan rumah Hyun min terlihat dia dipimpin seorang lelaki yang pasti dikenalinya. “Itu kan Siwon!Kenapa dia pimpin Hyun min masuk kedalam kereta!”fikir Minho.Tiba-tiba muncul satu perasaan yang sudah lama wujud di dalam hatinya apabila melihat Hyun min bersama lelaki lain. “Aghh!Damn!”kata Minho.

[Didalam kereta..]
“Awak okay?”tanya Siwon.Hyun min hanya mendiamkan diri.Perlahan-lahan air matanya mengalir. “Kenapa ni?Janganlah menangis!Cuba cerita pada saya apa yang berlaku sebenarnya”.“Boleh awak berhenti kat Naksan Park tu?”tanya Hyun min. “O..okay!”.Setibanya disana Hyun min terus mengambil bola keranjang yang disorokkanya di satu tempat rahsia yang dibina olehnya dan Minho.Dia memulakan permainan.Cara itu sahaja yang mampu melegakan hatinya.Hyun min cuba menjaringkan bola sehingga dia puas.Siwon hanya memerhatikannya  dari tepi. “Adakah ini cara dia melepaskan geram dan masalah?”fikir Siwon.Dia pasti Hyun min mempunyai masalah selain masalah gosip yang dihadapi oleh ELF.Siwon hanya memerhatikan gerak-geri Hyun min. “Arghh!”jerit Hyun min lalu jatuh terjelepok di tengah-tengah gelanggang.Siwon menghampirinya. “Sekarang cuba cerita pada saya apa yang berlaku!”kata Siwon.Hyun min pun menceritakan segala perkara yang berlaku dan berakhir dengan tangisan.Segera Siwon memeluk Hyun min. “Awak menangislah!Menangislah sepuas-puasnya!”kata Siwon.Rupa-rupanya situasi itu diperhatikan oleh Minho dari jauh.Minho menahan perasaan geram dan cemburunya  di dalam hati.Selepas Hyun min tenang,Siwon menghantar Hyun min pulang.Sebelum itu,Siwon menghantar Hyun min ke klinik untuk merawat luka pada dahinya. “Gomawoyo!Tapi macam mana awak boleh tau yang saya ada kat rumah tu?”tanya Hyun min. “Saya dapat tahu dari Hyun soo!”jawab Siwon. “Oh!!”kata Hyun min lalu menundukkan kepalanya.Siwon memerhatikannya dengan hati yang berdebar. “Asal aku berdebar ni?”fikir Siwon.Semasa dalam perjalanan pulang Hyun min tertidur.Siwon hanya melihatnya dengan senyuman.Hatinya mula berdegup kencang.Benda ini sering berlaku sewaktu dia bersama Hyun min.Tidak lama kemudian mereka tiba dihadapan asrama ELF.Siwon tidak sampai hati membangunkan Hyun min lalu dia membiarkan Hyun min tidur.Akhirnya dia terlena juga.

[Didalam rumah..]
“Hyun min dah balik?”tanya Minju. “Belum!Dah malam ni!”kata Heo min. “Kau dah try tanya Minho dengan keluarga Hyun min?”tanya Ah ra pada Hee jin. “Dah!Tapi dua-dua tak jawab!”jawab Hee jin. “Dia ada bagi tahu tak dia pergi mana?”tanya Hyena. “Dia just bagi tahu yang dia pergi rumah keluarga dia.Itu je!”jawab Hyun soo.Hyun soo menyelak langsir untuk melihat keadaan diluar.Tiba-tiba dia terlihat sebuah kereta berhenti dihadapan asrama mereka. “Korang!Sini!”panggil Hyun soo lalu menunjukkan apa yang dilihatnya. “Lebih baik kita call pengurus Kim!”kata Minju.Ah ra segera menelefon Pengurus Kim. “Okay!Jangan keluar dari rumah!Biar saya  yang check!”kata Hyun Joong.Biliknya terletak ditingkat bawah manakala asrama ELF terletak ditingkat dua.Tidak lama kemudian Hyun Joong keluar dari rumah lalu menghampiri kereta yang terletak dihadapan asrama ELF. Dia mengintai disebalik cermin kereta itu.Rupa-rupanya Siwon dan Hyun min.Hyun Joong mengetuk-ngetuk cermin itu dan Siwon terjaga. “Omo~”kata Siwon terkejut.


Mereka terkejut melihat dahi Hyun min berbalut.“Kenapa ni?”tanya Hyun soo. “Oppa!Kenapa dengan Hyun min?Apa yang dah terjadi?!”tanya Minju.Siwon pun menceritakan apa yang berlaku.Mereka terkejut mendengar berita itu. “Mana boleh macam ni!”bantah Hee jin. “Hyun min,pujuklah mak ayah kau!”kata Hyun soo. “Aku dah pujuk!Tapi mereka berkeras juga!”. “Habis tu!Macam mana ni?!Dah lah ELF ada masalah.Sekarang ni masalah Hyun min pula!Hish!Macam-macamlah!”kata Ah ra dengan perasaan tidak puas hati. “Hyung!Macam mana ni?”tanya Minju pada Hyun Joong. “Nanti biar saya berbincang dengan keluarga Hyun min!”. “Tapi,mereka..”kata Hyun min. “Jangan risau!Saya akan cuba memujuk mereka!”kata Hyun Joong. “Tapi,kenapa dahi kau berbalut?”tanya Hyena. “Tak ada apa-apa!!”jawab Hyun min. “Betul ni?”tanya Heo min pula.Hyun min mengangguk. “Baiklah,saya balik dulu!Lagi pun dah malam ni!”kata Siwon. “Siwon,terima kasih!”ucap Hyun min. “Ne!Selamat malam!”.Hyun Joong kembali ke biliknya di tingkat bawah. “Aku masuk bilik dulu!Selamat malam!”kata Hyun min. “Ok!”. “Macam mana ni?Masalah ELF lagi!”kata Heo min. “Kita ni bukannya popular sangat tapi ada juga masalah!”rungut Hyena. “Aduh!Pening kepala aku fikir!Jomlah masuk tidur!Esok nak pergi sekolah!”kata Hyun soo.

[Didalam bilik Hyun min..]
Dia cuba menelefon Minho tetapi tidak dijawab. “Asal ni?Selalunya dia tak macam ni!Takkan dah tidur”kata Hyun min.Hyun min merasakan ada sesuatu yang berlaku pada Minho.
Pagi itu Hyun min pergi awal kesekolah.Sebelum pergi , dia menyiapkan sarapan untuk kawan-kawannya.Hyun min juga meninggalkan pesanan diatas meja.

`Annyeonghaseyo chinguya!
Korang makanlah sarapan yang aku buatkan tu.Special J! Heheh..Maaflah!Aku terpaksa pergi awal sebab aku ada hal..Maaf ye!Nanti  lepas makan jangan lupa basuh pinggan.
Bye.
*hyun min`

“Dia ada hal apa pagi-pagi ni?”tanya Heo min. “Entahlah!Jom bangunkan Hyena dengan Minju!”kata Hee jin. “Ni mesti tidur lambat!”fikir Ah ra. “Chatting lah tu!”kata Hyun soo pula. “Hyena!Minju!Bangun!”kata Hyun soo. “Ahh!Dah pagi ke?”tanya Hyena. “Dah pagi!Cepatlah bangun nanti lambat pergi kesekolah!”ujar Ah ra. “Unnie!Dukung!”kata Minju dengan suara manja. “Kau ni..Cepat pergi mandi lepas tu sarapan!”arah Hee jin. “OK!OK!”. “Aish!Macam-macamlah perangai mereka tu!”rungut Hyun soo. “Sabar jelah!”kata Ah ra.
`Hee jin,saya dah ada kat depan rumah ni!Jom pergi sekolah J`
*mesej dari Onyu oppa
“Korang!Aku pergi dulu.Onyu dah tunggu kat depan rumah tu”kata Hee jin lalu mencapai beg sekolahnya. “Ye!”. “Kan best kalau Donghae hantar aku pegi sekolah!”angan Ah ra. “Aku pun!Eunhyuk oppa!I miss you!Uweak!Jiwangnya aku ni!Hahaha”.Hyun soo mentertawakan dirinya sendiri. “Korang ni sempat lagi berangan ye!Dah..dahlah tu!”kata Heo min. “Eleh!Kicap Tamin tak jemput kau ke?”tanya Hyun soo. “Dia ada hal!Sebab tu tak dapat jemput aku pagi ni”jelasnya. “Iyelah Miss Taemin!”perli mereka.
[Disekolah..]
Hyun min mencari Minho.Selalunya waktu begini dia sudah hadir kesekolah. “Key!Ada nampak Minho tak?”tanya Hyun min pada Key yang sedang lepak bersama Jonghyun. “Erm,tak nampaklah!Jjong,kau nampak tak?”tanya Key.“Tak!Kenapa Hyun min?”tanya Jonghyun pula. “Tak ada apa-apalah!Terima kasih!”ucap Hyun min lalu beredar dari situ.
Sewaktu dia berjalan dihadapan dewan bola keranjang milik sekolah itu,dia terdengar dentuman bola yang melantun.Dia pun masuk kedalam dewan itu dan dia melihat Minho sedang bermain bola keranjang. “Minho yah!”panggilnya. “Awak buat apa kat sini?”tanya Minho dengan nada yang agak kasar. “Awak ni kenapa?Bad mood ke?”.Soalan Hyun min tidak dijawabnya. “Minho!Awak ni kenapa?”. “Awak diamlah!”marah Minho lalu menghempaskan bola keranjang itu dengan kuat.Hyun min terkejut dengan tindakan Minho tadi. “Awak nak marah-marah saya kenapa?Apa salah saya?Cuba cakap!”kata Hyun min dengan nada yang agak tinggi. “Awak tak payahlah cakap dengan saya lagi.Saya ni orang biasa je bukannya artis macam awak!”. “Hah!A..apa yang awak cakapkan ni Minho.Saya tak faham!”. “Sudahlah!”kata Minho lalu pergi.Hyun min diitinggalkan dengan seribu persoalan. “Kenapa dengan dia?”fikir Hyun min.
Hyun min masuk ke dalam kelas.Heo min,Hyena dan Hee jin menghampirinya.“Kau okay ke?”tanya Hee jin. “Kenapa dia marah aku?Apa salah aku?”katanya. “Siapa yang marah kau?Tunjuk sikit muka budak tu!”ujar Hyena. “Minho ke?”teka Heo min.Dia mengangguk. “Kenapa dia marah kau?”tanya Hee jin. “Entahlah!Aku pun tak tahu.Tiba-tiba je dia marah-marah aku!”. “Sabarlah ye!Mungkin mood dia tak baik agaknya.Kau tahu kan perangai dia macam mana?!”kata Hyena. “Aku tahu!”.  “Weh!Weh!Min..Minho!D..dia pengsan!”kata Jiyeon. “Apa?Pengsan?!”kata mereka berempat serentak. “Sekarang ni dia kat mana?”tanya Hyun min. “Cikgu Eli  nak bawa dia ke hospital sebab bilik rawatan dikunci”jelasnya.Hyun min segera berlari keluar dari kelas. “Hyun min!Kau nak pergi mana?”jerit Heo min. “Kenapa dengan dia?Kenapa dia pengsan?Minho!Apa yang berlaku pada awak sebenarnya?!”fikir Hyun min.Dia sempat mengejar Cikgu Eli sebelum dia masuk kedalam kereta. “Hyun min!Apa awak buat kat sini?”tanya Cikgu Eli. “Cikgu,izinkan saya ikut!”. “Erm baiklah!”.Hyun min meletakkan kepala Minho di pangkuannya.Hidung Minho berdarah dan  badannya sejuk.Tidak lama kemudian mereka tiba di hospital.Minho segera dibawa kedalam bilik pemeriksaan. “Hyun min,awak tahu apa yang terjadi pada Minho?”tanya Cikgu Eli yang merupakan jurulatih bola keranjang sekolahnya.Hyun min hanya menggeleng.Sudah satu jam masa berlalu dan Doktor Yo Seob keluar dari bilik pemeriksaan itu. “Doktor,macam mana dengan keadaan dia?”tanya Cikgu Eli. “Dia Cuma mengalami tekanan yang tinggi sahaja!Sebab itu dia pengsan”jelas Doktor Yo seob.Tetapi itu bukan masalah yang sebenarnya.Minho melarang doktor itu untuk memberitahu hal yang sebenar kepada mereka.Lagi-lagi Hyun min kerana dia tidak mahu Hyun min mengetahui hal yang sebenar. “Doktor,bila dia boleh balik ke rumah?”tanya Cikgu Eli. “Ermm,kemungkinan malam ini!”. “Ok!Terima kasih ye doktor”.“Boleh saya jenguk dia?”tanya Hyun min. “Boleh!”. “Hyun min,jagakan Minho sekejap!Cikgu,nak buat pembayaran kat kaunter !”. “Baik cikgu!”.Hyun min melangkah masuk kedalam bilik itu dengan perasaan yang gelisah. “Hyu..Hyun min!Macam mana awak boleh berada kat sini?”tanya Minho terkejut.Dia menghampiri Minho dengan wajah yang sedih. “Awak okay ke?”tanya Hyun min.Minho hanya diam.Tiba-tiba dia rasa bersalah dengan tindakannya memarahi Hyun min di gelanggang bola keranjang tadi. “Kenapa aku mesti marahkan dia?Sedangkan aku dengan dia hanya sekadar kawan bukannya kekasih!Tapi,aku..aku cintakan dia!”fikir Minho. “Minho,maafkan saya kalau saya ada buat salah pada awak!Awak janganlah marahkan saya lagi ye?!”kata Hyun min. “Saya yang perlu minta maaf sebab saya tak patut buat awak macam tu!Jadi,maafkan saya”katanya sambil menggenggam jari-jemari Hyun min.Hyun min hanya mengangguk. “Aku pasti!Suatu hari nanti aku akan luahkan isi hati aku pada dia!”bisik hati Minho.Tidak lama kemudian,Cikgu Eli tiba. “Macam mana dengan keadaan kamu sekarang ini?”. “Saya dah okay.Terima kasih ye cikgu!”. “Ermm,Hyun min.Awak boleh jagakan Minho tak sampai malam ini?Nanti saya jemput awak berdua!”. “Ba..baiklah!”. “Saya pergi dulu!”kata Cikgu Eli.
[Dihadapan sekolah..]
“Hyun soo!!!”jerit Eunhyuk. “Eh!Itukan Eunhyuk.Dia buat apa kat sini?!”tanya Ah ra. “Entahlah!”kata Hyun soo. “Eunhyuk,awak buat apa kat sini?”tanya Hyun soo. “Saya nak ajak awak keluar!Nak tak?”. “Pergi jelah!”kata Minju. “O..Ok!”jawab Hyun soo. “Bergembiralah ye!”jerit Hyena. “OK!”jawab Eunhyuk.Hati Hyun soo berdebar-debar saat itu dan ramai juga yang memandang kearah mereka. “Wah!Hyun date dengan Hyuk jae!!!”jerit mereka berdua. “Tapi asal kita excited sangat ni?”tanya Minju. “Entahlah!Haha!”jawab Hyena. “Kan best kalau Sungmin ajak aku date!”ujar Minju sambil membayangkan wajah comel Sungmin dan bibirnya yang `hot`. “Itulah.Kyuhyun!!Kwiyoun”. “Jomlah balik!”.

Eunhyuk membawa Hyun soo berjalan-jalan di sekitar kawasan Myeong Deong. Banyak mata-mata yang memandang ke arah mereka.Ada juga orang yang berbisik-bisik dan mengatakan mereka bercinta dan ada juga yang masih tertanya-tanya apakah hubungan mereka.“Awak nak buat apa kat sini?Saya tak selesalah!”kata Hyun soo. “Kenapa??”tanya Eunhyuk. “Mereka asyik pandang kita je!Malulah!”. “Tak  apa,jangan risau!Mereka tak akan apa-apakan awak selagi saya berada disisi awak!”jelas Eunhyuk. “Wahh..caring gila!”bisik hati Hyun soo.“Hyun,jom!”ajak Eunhyuk lalu menarik tangan Hyun soo. “Hyun,jom pergi makan ais krim?”ajak Eunhyuk. “Ne!”.Eunhyuk membawa Hyun soo ke sebuah kedai ais krim yang popular di kawasan itu. “Ais krim kat sini sedap tau!Rugi kalau tak rasa!”jelas Eunhyuk. “Saya tahu sebab saya pelanggan kat sini juga!”kata Hyun soo. “Oh ye?!Baguslah!Jom order!”. “Selamat datang!Nak pesan apa?”tanya pekerja yang berdiri di kaunter pemesanan. “Ais krim  perisa pistachio!”kata mereka berdua serentak.Mereka berpandangan. “Wah!Serasi betul kamu berdua ni!Baiklah!Sila duduk dulu.Nanti kami hantar pesanan kalian!”kata pekerja itu. “Awak suka perisa pistachio juga ke?”tanya Hyun soo. “Mestilah!Awak pun sama kan?”. “Yup!Dari kecil lagi saya suka makan ais krim pistachio ni!”. “Hahaha!Macam ada jodoh je!Haha”gurau Eunhyuk.Hyun soo tergamam dan dia segan bila mendengar kata-kata Eunhyuk tadi.Pesanan mereka pun tiba. “Jemput makan!”kata Eunhyuk dengan suara comel.Saat itu,Hyun soo melihat muka Eunhyuk tidak ubah macam bayi yang comel. “Beruntungnya aku kalau dapat kekasih macam dia!”bisik hati Hyun soo.Ais krimnya mula cair. “Hyun,selamatkan ais krim awak tu!Dah nak dekat jatuh!”jerit Eunhyuk. “Apa?Mana?”kata Hyun soo.Semua pelanggan yang berada didalam kedai itu hanya melihat apa yang terjadi pada mereka.Mereka berdua segan kerana diperhatikan oleh orang ramai.Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki datang menghampiri mereka. “Abang!Kenapa memalukan kekasih abang!?”kata budak itu yang petah bercakap.Mereka berdua tersentak. “A..adik..Ka..kami cum..”. “Maaflah ye,dik!Abang janji abang takkan memalukan kekasih abang lagi!”kata Hyuk jae. “Janji?”tanya budak itu. “Janji!”.Hyun soo hanya menundukkan kepalanya.Mukanya menjadi merah sebab menahan malu bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hyuk jae.Dia tidak menyangka yang Hyuk jae berani bercakap sedemikian.Hyuk jae yang selama ini dilihatnya di kaca TV berbeza dengan Hyuk jae yang berada dihadapannya sekarang ini. “Ji hoo!”panggil seorang perempaun yakni ibu kepada budak lelaki ini. “Maaf!Maaflah ye atas kelakuan anak saya ni!”kata perempuan yang berada didalam lingkungan 30-an. “Eh!Tak apa!Tak apa!”kata Hyun soo. “Abang!Ingat ye janji kita!”kata budak itu. “Ne!Gamsahamnida!”ucap Eunhyuk lalu melambaikan tangan kearah Ji  hoo. “Haha!Comel betul budak tu!”kata Eunhyuk. “Hurmm..”. “Awak kenapa?Awak marahkan saya ke?Ma..maaflah!”. “Eh..Ma..mana ada!”kata Hyun soo dengan wajah malunya. “Aigoo!”kata Hyuk jae lalu mencubit pipi Hyun soo. “Aww..sakitlah!”rungut Hyun soo. “Mianhae!Muka awak kalau tengah malu comel sungguh!Hehe..Makanlah ais krim tu.Nanti lagi cair”. “Hyun!Hyun!Betapa cantiknya awak ni kalau dipandang dengan jarak yang dekat”bisik hati Eunhyuk lalu tersenyum.Selepas makan,mereka berjalan-jalan pula di Gwanghwamun. “Wah!Air pancutlah!”kata Hyun soo lalu berlari ketengah-tengah kawasan yang mempunyai air pancut itu. “Hei!Hyun,nanti baju awak basahlah!Saya tak ada duit nak belikan baju salinan untuk awak!”jerit Eunhyuk.Hyun soo tidak mempedulikan apa yang dikata oleh Eunhyuk.Sebaliknya dia telah menarik tangan Eunhyuk ketengah air pancut itu.Kedua-dua anak muda ini basah kuyup.Eunhyuk dapat merasakan keseronokkan yang dialami oleh Hyun soo.Selepas penat bermain air mereka berehat di bawah pokok yang rimbun.
“Ahhh!Bestnya!”ujar Hyun soo. “Tak sangka pula kalau main air ni best!Hehe”kata Eunhyuk.Hyun soo hanya tersenyum. “Ouch!”jerit Hyun soo. “Hyun,kenapa?”tanya Eunhyuk. “Mata masuk habuklah!”jelasnya sambil menggosok-gosok matanya. “Jangan gosok.Nanti boleh luka.Biar saya tolong tiupkan!”kata Eunhyuk lalu merapatkan mukanya pada muka Hyun soo.Perlahan-lahan dia meniup mata milik Hyun soo.Hati mereka berdua berdegup dengan kencang.Tiba-tiba mata Hyuk jae terlihat bibir Hyun soo dan nafsunya sebagai seorang lelaki timbul. “Arghh!Tahanlah Eunhyuk!”bisik hatinya. “Er..dah ke belum?”tanya Hyun soo. “S..Su..sudah!Saya pergi beli minuman kat situ jap ye!Awak tunggu kat sini”. “Ok!”. “Arhh!Hati aku!”kata Hyun soo. “Eunhyuk,saya sukakan awak!”bisik hatinya pula.
  
*Eunhyuk dah jatuh hati pada Hyun soo (*-*)

“Pengumuman!Malam ini akan diadakan pertunjukan bunga api pada jam 8 malam.Harap para pengunjung dapat menyaksikan pertunjukan ini beramai-ramai!Sekian,terima kasih!”

“Pertunjukan bunga api!Wah!Best ni”kata Hyuk jae.Selepas membeli minuman,dia berlari kearah Hyun soo. “Nah!”kata Hyuk jae sambil menghulurkan satu tin air Coke yang baru dibelinya tadi. “Hyun,jom tengok pertunjukan bunga api malam ni”ajak Hyuk jae. “Ermm,okay!”.

“Ah ra,malam ni aku balik lambat sikit sebab aku nak tengok pertunjukan bunga api!”
*mesej Hyun soo pada Ah ra

“Siapa yang mesej tu Ah ra?”tanya Minju. “Hyun soo!Dia balik lambat sikit.Dia nak tengok pertunjukan bunga api dengan Eunhyuk”. “MWO??!”jerit Hyena dan Minju. “Sshh!Bisinglah!”marah Ah ra. “Sorry!Sorry!Tapi,bestlah Hyun soo dapat keluar dengan Eunhyuk”kata Minju. “Jealousnya aku!!”rungut Hyena. “Dah..dah..Jom practice!”ajak Ah ra. “Macam mana nak practice kalau kita bertiga je!”kata Minju. “Heo min dengan Hee jin mana?”. “Macam lah kau tak tahu.Mestilah pergi dating  dengan Taemin dan Onyu!”jelas Minju lagi. “Hyun min?”. “Dia ada kat hospital”. “Buat apa?”. “Jaga Minho.Tadi dia pengsan kat sekolah”jelas Hyena. “Haish!”rungut Ah ra. “Kau kenapa?Akhir-akhir ni aku tengok  asyik marah-marah je!”kata Hyena. “Aku fikirkan fasal ELF ni!Aku takut kalau impian aku dengan korang semua hancur.Dah tu,fasal Hyun min pula”kata Ah ra. “Kau sabar ye.Fikir yang positif”ujar Minju. “Sebut fasal Hyun min,kau rasa Pengurus Kim berjaya tak pujuk parents dia?”tanya Minju. “Aku harap berjaya!”kata Ah ra dan Hyena.

Malam pun tiba dengan sinaran cahaya bintang dan bulan.Hyun min dan Minho turun ke lobi.Tiba-tiba Hyun min mendapat mesej dari Cikgu Eli.
`Hyun min,maaflah!Saya tak dapat jemput awak dan Minho.Kereta saya rosak kat simpang jalan.Maaflah ye!!!!` -Cikgu Eli-

“Siapa  mesej?”tanya Minho. “Cikgu Eli.Kereta dia rosak jadi tak dapat jemput kita.Macam mana sekarang ni?!”. “Kita balik naik teksi jelah!”cadang Minho. “Tak apa ke?!Awak kan masih sakit!”. “Saya okaylah!Jangan risau!”. “O..Okay!”.Siwon datang ke rumah ELF untuk mencari Hyun min. “Oppa!Cari Hyun min ke?”tanya Hee jin. “Ne!Dia ada tak?”. “Dia tak balik lagilah”. “Dia pergi mana?Dah malam ni!”kata Siwon yang khuatir tentang Hyun min. “Haaaa..Kenapa risau sangat ni..Jangan-jangan oppa suka kat Hyun min eh?”usik Heo min. “Eh?!Ma..mana ada.Merepak jelah korang ni!”dalih Siwon. “Iyelah tu!So,nak tunggu atau nak tinggalkan apa-apa pesanan ?”. “Erm,tak apalah.Saya balik dulu.Selamat malam”kata Siwon. “Ne!Hati-hati”ucap Hee jin dan Heo min.Siwon kembali ke dalam kereta.Dia hampa sebab tidak dapat bertemu dengan Hyun min.Kebetulan,Hyun min dan Minho tiba dihadapan rumah ELF.Siwon melihat dari jauh. “Itukan Hyun min!”bisik hati Siwon. “Hyun min,gomawo!”kata Minho dengan renungan yang berkarisma dan ianya telah membuatkan hati Hyun  min berdegup.Perlahan-lahan bibir Minho mendarat pada bibir Hyun min.Siwon yang melihat hanya mampu menahan perasaan cemburunya.Dia menghentak steering kereta untuk melepaskan kemarahannya dan dengan segera Siwon beredar dari situ.Dia tidak sanggup melihat situasi itu.Hyena menyelak langsir dan dia terlihat Minho sedang mengucup Hyun min. “Korang sini!Cepat!”panggilnya.Mereka semua melihat apa yang terjadi. “Gila lah!”kata Hee jin. “Mantap!!”ujar Heo min. “Biar betul Minho tu!”kata Minju pula sambil memegang kepalanya. “Alah..ni bukan kali pertama Minho cium Hyun min!Alamak..”Hyena terlepas cakap. “Mworago!?!Maksud kau Minho pernah cium Hyun min sebelum ni?”tanya Ah ra. “Ne!”. “Wow!Dahsyat!”kata mereka berempat. “Lama gila Minho cium dia?!Onyu cium aku tak adalah lama macam ni!OMG!”kata Hee jin.Minho melepaskan ciumannya itu. “Saya balik dulu!Selamat malam”ucapnya lalu pergi. “Ne!”jawab Hyun min perlahan.Dia memegang bibirnya. “Asal dengan aku ni?”fikir Hyun min.Dia pun masuk ke dalam rumah.Di dalam rumah,Hyena dan yang lain-lain menunggunya dengan tenungan yang tajam. “Wae?”tanya Hyun min. “Eolmana geollyeoyo(Berapa lama)?”tanya Ah ra. “Mwo?!?”. “Berapa lama Minho cium kau?”tanya Minju. “HAH!Jangan-jangan korang…”. “Ye!Kitorang dah nampak”ujar mereka. “Hyun min!Aku rasa Minho suka kat kau lah”kata Hee jin. “Yup!Aku setuju dengan apa yang dikatakan oleh Hee jin”sokong Hyena. “Entahlah!Aku pun tak tahu dan aku tak tahu kenapa aku tak marah dia bila dia kiss aku!”ujar Hyun min. “Confurm korang berdua dah jatuh cinta!”jelas Minju. “Hyun min!!Aku ada satu perkataan untuk kau”kata Heo min. “Apa dia?”. “MANTAP!Haha..”. “Ada-ada jelah kau ni!”marah Hyun min.Mereka hanya ketawa. “Mana Hyun soo?”tanya Hyun min. “Date dengan Mr.Anchovy”. “Oh ye!”kata Hyun min. “Aku nak je Donghae ajak aku keluar!”kata Ah ra. “Aku pun!Nak Sungmin!!”ujar Minju.Mereka berdua berpelukan. “Kau Hyena?!Tak nak keluar dengan Kyuhyun kau?”tanya Hyun min. “Of course lah nak!Gila tak nak!”. “Kau layak keluar dengan orang yang kat Nepal tu je”ejek Hee jin. “Betul..betul!Haha!Hyena date dengan orang Nepal!Hahah”kata Heo min. “Haissh!”marah Hyena.Semasa dalam perjalanan pulang Siwon asyik membayangi kejadian tadi. “Argh!Tak guna!”jeritnya.Minho pula hanya tersenyum lebar. “Aku pasti akan meluahkannya!”kata Minho.

OLDER | NEWER


Miss Pinju Diary ♥


Hey there! Welcome to my Purple Love Bloggie Annyeonghaseyo ! My name is Kamaliah Kamal . You can call me Hyunmin , Eomma or other as long as I can accept it Don't be rude here ! Or I will Killed you ..Hehehe~ Just kidding !

Song | Hyun | Min





Say 'Ho' ♥


(maximum 240px)