Purple Love
| +Follow || Dashboard |

Sinopsis Novel Dance,Love & Dreams
Wednesday 30 November 2011 | 22:44 | ♥ 0 purple love

DANCE,LOVE & DREAMS 


Mengisahkan 7 gadis belasan tahun yang  mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi untuk berjaya pada masa hadapan.Selain itu,mereka gemar menari dan 7 gadis itu ialah HYUN SOO,HEE JIN,HYUN MIN,AH RA,MIN JU,HEO MIN dan HYENA.Mereka menyimpan hasrat untuk menjadi sebuah grup “DANCERS” di syarikat  SM ENTERTAIMENT.Ia merupakan sebuah syarikat yang terkenal di KOREA dimana banyak grup-grup popular lahir dari syarikat itu.Terutamanya SUPER JUNIOR.
Pada suatu hari,mereka telah menyertai satu pertandingan menari dan mereka memperolehi tempat pertama.Dalam diam,abang Ah ra,Taecyeon merakam aksi menari mereka dan menghantar klip video itu ke syarikat SM ENTERTAIMENT.Selang beberapa minggu,pihak SM telah menelefon Ah ra.Mereka memberitahu kepadanya supaya hadir ke syarikat mereka untuk mendaftarkan diri dalam satu uji bakat iaitu “DANCERS CREW”.Akhirnya  mereka lulus dan berjaya menjadi sebuah grup penari.Mereka menggelarkan diri mereka sebagai  [ E.L.F ]. Ah ra dan yang lain-lain  berterima kasih kepada Taecyeon kerana merealisasikan impian mereka.
Bermulalah kehidupan mereka sebagai anak seni.Mereka pernah menjadi “back-up dancers”untuk beberapa orang artis popular seperti SE7EN,Lee Hyori,BoA,Taeyang dan ramai
lagi.Rain juga pernah menggunakan
E.L.F sebagai penari latarnya untuk lagu Hip Song dalam sebuah show di MUSIC BANK.Disana,mereka terserempak dengan ahli-ahli Super Junior yang merupakan artis kegemaran mereka.Mereka tidak sangka bahawa mereka sedang berhadapan dengan jejaka-jejaka tampan yang diidam-idamkan oleh para gadis di seluruh Asia.Saat itu mereka terkelu lidah,tidak dapat bergerak dan hanya terlopong melihat beberapa orang ahli-ahli Super Junior iaitu  Donghae,Eunhyuk,Yesung,Siwon,Ryeowook,Sungmin dan Kyuhyun.Mungkin Leeteuk,Heechul,Shindong,Kangin,Hankyung dan Kibum berada di “makeup room”.Ahli-ahli Super Junior itu hanya melihat telatah mereka dengan riak wajah yang pelik dan ada yang tersengih.
Kini sudah 5 bulan mereka berada didunia hiburan ini.Pihak SM menyarankan mereka supaya  melantik seorang pengurus dan pihak SM telah memperkenalkan seorang pemuda yang berumur 24 tahun.Namanya ialah En.Kim Hyun Joong atau Pengurus Kim.Ahli E.L.F sebulat suara bersetuju
melantik Pengurus Kim sebagai pengurus E.L.F.
Jadual E.L.F semakin padat dengan show yang perlu dihadiri,latihan dan pelajaran.Mereka berjanji tidak akan mengabaikan pelajaran  walaupun sesibuk mana sekalipun.Mereka bersekolah disekolah “KOREAN KENT FOREIGN SCHOOL”.
Perasaan cinta dan kasih saying telah muncul di lubuk hati mereka.Fasal impian pula,ibu tiri Hyun min tidak membenarkan Hyun min menyertai E.L.F lagi.Ini kerana hasutan adik tirinya,Ga yoon yang cemburu dengan Hyun min.Ibu tirinya,Geun young berkata pada ayah Hyun min,Min hwan bahawa menari merupakan satu impian yang sia-sia dan tiada masa hadapan.Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Hyun min untuk mengembalikan kepercayaan ayahnya.
Super Junior dan E.L.F mempunyai hubungan yang rapat dan hal ini telah menimbulkan khabar angin tentang mereka.Antara gosip yang telah menurunkan populariti E.L.F ialah pihak akhbar mengatakan bahawa E.L.F mempergunakan Super Junior untuk menaikkan nama mereka.Eunhyuk,Donghae,Ryeowook dan Sungmin memberi cadangan kepada mereka supaya menceburi bidang nyanyian.Siwon,Kyuhyun,Yesung dan yang lain-lain bersetuju dengan rancangan mereka berempat .Kemungkinan hal ini boleh menaikkan semula populariti dan nama mereka.Selepas berbincang dengan Pengurus Kim,mereka telah dibawa ke satu studio rakaman yang terletak ditengah-tengah bandar Seoul.
Akhirnya mereka telah mengeluarkan single pertama mereka yang bertajuk “HEY WORLD”.Lagu ini mengisahkan tentang apa yang sering berlaku pada diri manusia seperti kasih sayang,persahabatan, dan Impian.Lagu mereka dapat diterima oleh orang  ramai dan ianya telah menaikkan kembali nama E.L.F dikhalayak ramai .
Single “HEY WORLD” amat popular dicorong-corong radio dan ianya telah mengalahkan lagu “GO AWAY” nyanyian 2NE1 di MUSIC BANK baru-baru ini.Pengurus Kim telah mengkhabarkan album pertama mereka akan dikeluarkan tidak  lama lagi selepas single kedua E.L.F iaitu “MISS LOVER”.Album mereka diberi tajuk”Dance,Love,Dream” yang memuatkan 12 buah lagu dan ianya telah dijual diseluruh Asia.E.L.F mengadakan debut pertama mereka dinegara mereka iaitu Korea.Kemudiannya mereka pergi ke Jepun,Filipina,Thailand,Singapura,Malaysia dan China.
 ELF telah kekurangan seorang ahli kumpulan  iaitu Ah ra yang dimasukkan ke dalam hospital akibat satu kemalangan yang berlaku sewaktu dia sedang jalan bersama Donghae.Kaki kirinya patah dan ini mengakibatkan dia tidak boleh menari buat sementara waktu  sehinggalah kakinya itu sembuh.Donghae kesal dan rasa bersalah atas apa yang berlaku terhadap Ah ra dan Donghae menjaganya sepanjang dia berada dihospital , itupun kalau Donghae tiada sebarang aktiviti.
Hyun soo dan Eunhyuk sering bersama dan merupakan pasangan kekasih walaupun umur berbeza.Pada hari jadi Hyun soo,Eunhyuk telah menghadiahinya sebuah Teddy Bear dan dileher Teddy itu tergantung sekalung rantai yang terukir perkataan “Bubbly LOVE E&H”yg diukir indah.
Hee jin menaruh hati pada ketua kelasnya disekolah iaitu Lee jin ki atau dikenali sebagai Onyu.Seorang yg baik hati dan rajin tetapi dia seorang pemalu terhadap perempuan.Dalam diam,Yesung telah jatuh hati pada Hee jin.Pada suatu hari,Onyu telah mengajak Hee jin keluar dan meluahkan perasaannya.
              Heo min sudah berkawan rapat dengan Taemin sejak dibangku sekolah rendah lagi dan Taemin menyukai Heo min sama  juga dengan Ryeowook sejak pertama kali mereka berjumpa.Min ju seorang gadis genit dan lincah pula memendam perasaan terhadap Sungmin .Ada satu ketika , Sungmin bertanya pada Min ju apa yang istimewa terhadap dirinya dan dengan segera Min ju menjawab.Dia kata “bibir awak seksi dan ianya telah membuatkan saya jatuh hati pada awak”.Sungmin terkejut dan akhirnya dia tersenyum.Sungmin berkata”wajah awak yang comel menyebabkan jantung saya berdegup kencang.Min ju , saranghae !”.Kim kibum atau Key,rakan sekelas Min ju meminatinya dan satu pertempuran telah berlaku antara Key dan Sungmin.
         Hyena dan Kyuhyun merupakan pasangan yang paling pelik dan mereka telah digelar “Evil Weird Couples”.Ini kerana mereka akan sering bertekak bila berjumpa tetapi berbaik semula dan gaduh kembali.Ahli-ahli yang lain hanya menggelengkan kepala melihat keadaan mereka.
              Siwon pula merasakan ada keunikan yang terdapat pada diri Hyun min yang membuatkan dirinya ingin lebih rapat dengan Hyun min.Walaupun Siwon kelihatan `poyo`,tetapi Hyun min tahu bahawa Siwon seorang yang baik hati dan penyayang.Kadangkala Siwon seorang yang kelakar dan sering membuat Hyun min tersenyum.Disekolah,
             Choi Minho atau Minho merupakan jejaka yang telah menarik minat Hyun min untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam.Minho merupakan AJK Kelab Bola Keranjang sekolah dan Minho seorang yg berkarisma,degil dan perangainya sering berubah-ubah. Tetapi disebalik perangainya yang pelik itu, ada satu rahsia yang disembunyikan oleh Minho.Minho pernah berkata kepada Hyun min “Saya nak semuanya sempurna dan saya ingin lakukan kesemuanya dengan sempurna!!”.Hyun min merasakan ada sesuatu makna dan sebab yang tersirat didalam ayat itu.Sehinggalah pada suatu hari,Hyn min mendengar satu berita yang amat mengejutkan tentang Minho.
Pelbagai rintangan,dugaan,suka dan duka dihadapi bersama.Ikutilah cerita yang selanjutnya di
 
   [ DANCE , LOVE & DREAM ] karya Yoon jihya

~tamat~

Nama – nama watak didalam novel [dance , love & dream ]:-

*Lee hyun soo*
*Lee ah ra*
*Park Hyena*
*Kim hee jin*
*choi hyun min*
*lee min ju*
*Lee heo min*
*eunhyuk*
*donghae*
*kyuhyun*
*YEsung*
*siwon*
*sungmin*
*Ryeowook*
*onyu*
*minho*
*taemin*
*key*
*jonghyun

OLDER | NEWER


Miss Pinju Diary ♥


Hey there! Welcome to my Purple Love Bloggie Annyeonghaseyo ! My name is Kamaliah Kamal . You can call me Hyunmin , Eomma or other as long as I can accept it Don't be rude here ! Or I will Killed you ..Hehehe~ Just kidding !

Song | Hyun | Min





Say 'Ho' ♥


(maximum 240px)